LAWATAN AKADEMIK PELAJAR (DALAM NEGARA)

  • Permohonan  perlu  disertakan  dengan  salinan  silibus kursus – permohonan akan diluluskan sekiranya terdapat keperluan dan tercatit dalam silibus berkenaan sekurang - kurangnya 10%.

  • Hanya  pensyarah  yang  mengajar  kursus berkenaan  sahaja  dibenarkan  mengiringi pelajar tersebut. Pensyarah  pengganti dibenarkan  setelah  mendapat  kelulusan daripada  TD HEP. Lawatan  akademik terbatal  dengan  sendirinya  sekiranya pensyarah  yang  mengajar tidak dapat mengiringi pelajar dan tidak dapat menyediakan pengganti.

  • Pensyarah  perlu  sentiasa  berada  bersama  pelajar dalam  bas sepanjang perjalanan  dan menginap ditempat yang paling hampir dengan tempat penginapan pelajar atau menginap bersama pelajar.  Sentiasa berada bersama pelajar semasa melawat ke tempat-tempat yang telah diluluskan, dan memantau sahsiah rupa diri pelajar.

  • Sebarang perubahan tempat dan tarikh program hendakalah dikemukakan semula permohonan TAPA. Pensyarah  dan  pelajar  tidak  dibenarkan  mengubah  destinasi   lawatan  tanpa kelulusan Ahli Jawatankuasa TAPA.

  • Permohonan Tabung TAPA untuk tujuan lawatan hendaklah disertakan dengan pengesahan penerimaan  lawatan  daripada  organisasi/institusi yang  hendak  di lawati  dan  hendaklah yang berkaitan dengan kursus yang diajar.

  • Lawatan   hendaklah   dibuat   semasa   dalam   tempoh   pengajian dan bukannya selepas peperiksaan atau semasa cuti semester (bergantung kepada situasi dan kelulusan Ahli Jawatankuasa TAPA).

  • Kadar bayaran penginapan UiTM boleh dirujuk melalui borang permohonan TAPA. Pelajar tidak dibenarkan melibatkan hari kuliah untuk tujuan tersebut.  Lawatan digalakkan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sahaja.

  • Permohonan  hendaklah  sampai  ke  Bahagian  HEP  sekurang-kurangnya  1  bulan sebelum tarikh lawatan atau sebelum tarikh tutup mesyuarat TAPA.

  • Bagi  perjalanan  bas  yang  mengambil masa lebih  daripada 4  jam,  tidak dibenarkan bertolak selepas jam  6.00 petang. Kelulusan  program adalah tertakluk  kepada  kemudahan bas universiti.

  • Yuran masuk yang dikenakan bagi lawatan ke tempat-tempat tertentu akan ditanggung oleh pelajar sendiri (bergantung kepada kelulusan Ahli Jawatankuasa TAPA).

  • Kelulusan untuk lawatan akademik yang bukan keperluan kursus adalah di atas pertimbangan Ahli Jawatankuasa TAPA.

  • Pelajar tidak dibenarkan menggunakan agensi luar bagi menguruskan lawatan.

  • Borang TAPA hendaklah  ditandatangani dan disemak oleh koordinator terlebih dahulu sebelum dihantar  ke pejabat Hal Ehwal Pelajar.

Website Statistics

  • User
  • Sessions
  • Pageviews

*Data source: Google Analytics

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

dekanfssr@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001
Fax: +60 3 5544 4011