LAWATAN AKADEMIK KE LUAR NEGARA DAN SABAH/SARAWAK

  • Permohonan lawatan  ke  luar  Negara  hendaklah  dikemukakan  ke Bahagian HEP sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum tarikh lawatan (termasuk lawatan ke Sabah dan Sarawak).

  • Kelulusan lawatan perlu  mendapat  kebenaran  bertulis  daripada  Pejabat  Timbalan Naib Canselor (HEP).

  • Pensyarah pengiring perlu mendapat kebenaran daripada  Pejabat Naib Canselor.

  • Lawatan ke Luar Negara hendaklah dibuat dalam tempoh pengajian, tidak dibenarkan dibuat selepas peperiksaan tamat atau dibuat semasa cuti semester.

  • Lawatan   hendaklah   dibuat   sekurang-kurangnya   3   tempat   sehari   dan   perlu mendapat pengesahan penerimaan  lawatan daripada  Institusi  /  Organisasi yang hendak  dilawati samada secara surat atau e-mail.

  • Pemberat markah bagi  lawatan  ke  luar  negara  atau  Sabah/Sarawak  mestilah sekurang - klurang 15% keatas.

  • Pembentangan justifikasi lawatan perlu dibuat oleh koordinator jabatan pada mesyuarat TAPA.

Website Statistics

  • User
  • Sessions
  • Pageviews

*Data source: Google Analytics

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

dekanfssr@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001
Fax: +60 3 5544 4011