Tarikh: 27 Oktober 2025
Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA
Penganjur: Team Misi Akademik FSSR
Peserta: 40 orang murid Tingkatan 5 aliran Seni dan 4 orang guru pengiring
: Lawatan SMK Taman Seri Muda Ke FSSR UiTM
Pada 27 Oktober 2025, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Muda. Seramai 40 orang murid Tingkatan 5 aliran Seni bersama 4 orang guru pengiring telah menyertai program ini. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang program-program pengajian di bawah FSSR serta memperkenalkan suasana pembelajaran dalam bidang seni dan reka bentuk.


Program dimulakan dengan sesi taklimat mengenai FSSR yang disampaikan oleh Dr. Zuriati, memperkenalkan pelbagai program akademik dan peluang dalam bidang seni dan reka bentuk. Seterusnya, pelajar terlibat dalam aktiviti seni arca yang memberi mereka peluang mencuba proses kreatif secara langsung. Lawatan diteruskan ke studio Fesyen dan bengkel Tekstil, di mana pelajar dapat melihat secara dekat proses penghasilan rekaan pakaian dan tekstil. Akhir sekali, rombongan dibawa ke Gestuz untuk menonton tayangan video pendek dan melawat galeri yang mempamerkan karya pelajar dan pensyarah FSSR.

Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap bidang seni serta memberikan maklum balas positif terhadap aktiviti yang dijalankan. Program ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni dan reka bentuk pada masa hadapan.


Pihak Team Misi Akademik FSSR merakamkan penghargaan kepada pihak SMK Taman Seri Muda atas kesudian mengadakan lawatan ini. Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan bagi memperkukuh jalinan antara FSSR dan sekolah-sekolah menengah dalam usaha memupuk minat serta bakat pelajar dalam bidang seni visual.

Disediakan oleh:
Dr. Zuriati Mohamed Shaari
