: Sinergi FSSR & KPT dalam Majlis Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2025, 14 Oktober 2025

Majlis Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu Tahun 2025 merupakan anjuran kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Program tahunan anjuran KPT ini telah dipertanggungjawabkan kepada UiTM sebagai penganjur pada tahun ini.

Image
Image

Seiring dengan hasrat KPT, Jabatan Pengajian Budaya Visual mewakili Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) telah menerima undangan untuk menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan pameran seni visual dan jualan art market bertemakan Budaya Melayu diperagakan menerusi karya catan dan seni Islam, seramik, tekstil, kraf dan lain-lain.

Image
Image
Image
Image
Image

Sinergi ini bukan sahaja memperlihatkan sumbangan kreatif warga FSSR, malah turut mengangkat penghayatan nilai budaya visual secara holistik, merangkumi nilai kolaborasi dan kerjasama, keusahawanan, nilai sosial, identiti serta warisan kebudayaan.

Image
Image

Teks dan foto:
Alif Haiqal Musa
Pengajian Budaya Visual

CONTACT US

Faculty of Art & Design
Kompleks Ilham

Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 4041

Students' Affairs
(+603) 5544 4050

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4007

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)

REACH OUT TO US