: Apresiasi Seni Kartun dan Animasi Tempatan Dalam Toontastic

Puncak Alam – Perkembangan sejarah seni kartun dan animasi tempatan hari ini sama ada dua dimensi (2D) mahupun tiga dimensi (3D) dilihat sangat progressif. Faktor-faktor seperti kemajuan teknologi, platfom penstriman, media social, pengaruh stail global dan naratif kreatif banyak mempengaruhi penerimaan dan populariti kartun dan animasi di Malaysia khususnya kartun dan komik kontemporari pasca 2000. Penghayatan atau apresiasi terhadap kebudayaan tradisional dan identiti nasional menjadi teras dalam pembentukan tema, subjek, plot, bentuk dan makna yang bersifat didaktik, pengajaran dan nilai moral. Kekuatan dan kelebihan seni kartun dan animasi terletak pada penyampaiannya yang cenderung sederhana, humoris, menghiburkan, sambil mendidik dan menyindir cara hidup masyarakat. Jelas ini menjadi objektif dan pengisian yang ingin diraikan dan dikongsi bersama audiens dalam program seni Toontastic anjuran para pelajar semester akhir Jabatan Pengajian Budaya Visual yang berlangsung pada 3 Julai 2025 lalu, di Galeri Seni Puncak (B), Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Puncak Alam.

Image

Toontastic menggabungkan perkataan ‘cartoon’ dan ‘fastastic’ yang memberi makna kepada objektif program itu tadi. Segala keperluan program ini adalah berpandukan keperluan kursus VCS650 Pengurusan Acara Seni dan Budaya di bawah kendalian dua orang pensyarah iaitu Dr. Hajah Wahiza binti Abdul Wahid dan Puan Siti Izaura binti Razis. Program seni dan kebudayaan seperti ini sebenarnya sudah berlaku sejak awal penubuhan program ini pada tahun 2016, mempromosikan kepelbagaian dan keberagaman budaya visual seperti pameran seni lukis, seni kartun, seni animasi dan seni tradisional Melayu di ruang-ruang pameran yang strategik dari dalam dan luar kampus. Para pelajar didedahkan kepada hal-hal pengurusan seni dan kebudayaan merangkumi aspek pameran, kuratorial, penerbitan, pengurusan koleksi, khidmat masyarakat, keusahawanan seni, pengurusan pameran, dan aktiviti pendidikan.

Image

Di samping itu, mereka juga dikehendaki mengendalikan tugasan-tugasan lain yang menjadi prasyarat kepada program ini seperti Seminar Seni dan Kebudayaan, Masyarakat dan Budaya, Isu Seni dan Etika, Penulisan Seni serta Pengurusan Artifak Sejarah dan Kebudayaan selain Penulisan Akademik yang melibatkan penyelidikan lapangan. Keseluruhan program dikendalikan secara berpasukan dengan teratur dan sistematik, memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami aspek pengurusan seni dan budaya termasuk penyediaan proposal, pengurusan pameran dan protokol, kuratorial, pengendalian program awam, jemputan dan promosi, kerjasama jaringan dan tajaan. Setiap pelajar diberikan tugas dan tanggungjawab yang jelas untuk memastikan kelancaran program dalam suasana yang teratur dan sistematik.

Image
Image

Di samping itu, mereka juga dikehendaki mengendalikan tugasan-tugasan lain yang menjadi prasyarat kepada program ini seperti Seminar Seni dan Kebudayaan, Masyarakat dan Budaya, Isu Seni dan Etika, Penulisan Seni serta Pengurusan Artifak Sejarah dan Kebudayaan selain Penulisan Akademik yang melibatkan penyelidikan lapangan. Keseluruhan program dikendalikan secara berpasukan dengan teratur dan sistematik, memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami aspek pengurusan seni dan budaya termasuk penyediaan proposal, pengurusan pameran dan protokol, kuratorial, pengendalian program awam, jemputan dan promosi, kerjasama jaringan dan tajaan. Setiap pelajar diberikan tugas dan taaToontastic dirasmikan oleh Dr. Muliyadi Mahamood, penulis dan mantan profesor pengajian seni kartun di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UiTM diiringi dan dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Zainuddin Ibrahim, Timbalan Dekan Akademik FSSR, dan Dr. Wan Samiati Adriana Wan Mohamad Daud, Ketua Pengajian Seni Halus FSSR, pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar FSSR, pelajar-pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, Kolej Vokasional Sungai Buloh, SMK Puncak Alam dan SMK Seksyen 7, Shah Alam. nggungjawab yang jelas untuk memastikan kelancaran program dalam suasana yang teratur dan sistematik.

Image

Selepas perasmian, para pengunjung dipersembahkan dengan persembahan gamelan kontemporari lagu Togok dan Kampung Boy oleh kumpulan PERSENI UiTM Puncak Alam. Kemudian, sesi perkongsian dan perbincangan seni bertajuk “Kartun dan Animasi: Dua Gaya Berbeza” oleh penceramah jemputan Dr. Hajah Noorhazalen Saad atau dikenali sebagai Leen Mafia, kartunis dan pensyarah UiTM Melaka, dan Encik Sumie Azil, pelukis animasi serta Encik Mohd Faizol Haini, pensyarah Seni Reka Grafik FSSR sebagai moderator. Pada sesi petang pula, berlangsungnya bengkel animasi pendek yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Ridzuan, pencipta kandungan Wan Animasi selain pameran karya ilustrasi digital daripada para pelajar Seni Reka Grafik FSSR UiTM Puncak Alam dan reruai Art Market dibuka sepanjang program berlangsung.

Image

Di samping kelancaran keseluruhan aspek pengurusan seni dan kuratorial, promosi, kolaborasi dan aktiviti sampingan, para pelajar juga berjaya menghayati elemen keusahawanan seni menerusi penjualan hasil karya pelajar, kraf dan aksesori buatan tangan, barangan ‘merch’ atau ‘merchandise’, buku seni dan kebudayaan, komik, penyertaan bengkel animasi serta makanan dan minuman yang dihidang secara unik dan kreatif. Bertemakan seni dan kartun dalam mengangkat identiti nasional, program ini mengumpulkan ahli akademik, penggiat dan penggemar seni kartun, pelajar dan usahawan seni dalam membincangkan isu-isu dan hala tuju bidang seni ini. Toontastic dilihat sebagai penanda aras dan pakej lengkap dalam menyediakan pelajar, baik dari segi teori mahupun praktikal, untuk memenuhi keperluan bidang pengurusan seni dan budaya serta kuratorial selepas tamat pengajian.

Teks dan Foto: 
Alif Haiqal Musa

CONTACT US

Faculty of Art & Design
Kompleks Ilham

Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 4041

Students' Affairs
(+603) 5544 4050

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4007

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)

REACH OUT TO US