: Reimagining Jade Design & Innovation Sprint Kolaborasi Seni Reka Teknologi Barang Kemas Bersama Syarikat Antarabangsa-NUWA PIERRE
Program Seni Reka Teknologi Barang Kemas telah menganjurkan Program Reimagining Jade – Design & Innovation Sprint hasil kolaborasi bersama industri antarabangsa, Nuwa Pierre. Program ini turut dihadiri oleh delegasi wakil setiap negara iaitu Malaysia, Singapura dan Myanmar. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Pengurus Nuwa Pierre Malaysia mengenai gemologi – batu Jade dengan mempersembahkan kepelbagaian jenis karakter batu serta peralatan secara fizikal untuk mengenalpasti dan memberi pengalaman yang mendalam mengenai batu Jade.

Selepas sesi perkongsian, para pelajar dari Program Seni Reka Teknologi Barang Kemas diberi taklimat dan aktiviti Sketching Ideas yang memberi peluang kepada para pelajar mengolah idea kontemporari dan inovasi batu jade di dalam rekaan barang kemas. Sesi penjurian bersama pihak syarikat dan akademik memilih tiga rekaan terbaik yang menghasilkan rekaan set barang kemas kreatif, kepelbagaian fungsi, dan apresiasi gabungan bahan logam, jade dan lain-lain.



Pelajar yang terpilih menerima hadiah eksklusif Pure Clarity Jade Necklace bernilai SGD 500 setiap seorang tajaan oleh Nuwa Pierre. Menurut delegasi industri Nuwa Pierre, bidang ini mempunyai potensi besar dari segi kelestarian dan kelangsungan. Dengan penyumbang sektor ekonomi dari aspek pelaburan, penguasaan kemahiran berteknologi, serta pendekatan multidisiplin yang dapat memperkukuh kredibiliti dan jaminan kebolehpasaran pelajar sehingga masa hadapan.

Teks dan Foto:
Syed Mohd Faisal Syed Ahmad
