: Lawatan Menghadap Tengku Permaisuri Selangor, 7 Oktober 2025
Wakil Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam diketuai Prof. Madya Ts. Dr. Azhar Abdul Jamil bersama-sama Prof. Ts. Dr. Norazah, TNC PI UiTM, telah berkesempatan menghadap Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor bagi membincangkan prospek projek produk seramik sebagai salah satu inisiatif warisan seni tempatan, setaraf dengan produk seramik antarabangsa.




Perbincangan ini turut menyentuh potensi kolaborasi antara institusi akademik, penggiat seni, dan komuniti setempat dalam memperkasa industri seramik tempatan.
Disediakan oleh:
Prinses Saliang
Unit Komunikasi Korporat
