Tarikh: 12 November 2025
Tempat: Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA
Penganjur: Team Misi Akademik FSSR
: Lawatan SK Dato Ahmad Said Tambahan Ke FSSR, UiTM
Pada 12 November 2025, Team Misi Akademik FSSR telah menerima lawatan daripada Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Said Tambahan. Lawatan ini disertai oleh seramai 12 orang guru pengiring dan 76 orang murid. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang seni serta aktiviti kreatif yang dijalankan di FSSR.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berlangsung dengan jayanya. Para pelajar menunjukkan minat dan semangat yang tinggi dalam aktiviti membina arca menggunakan bahan terbuang. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada murid-murid, tetapi turut memupuk kesedaran tentang kepentingan kreativiti dan kelestarian dalam seni.




Teks dan Foto:
Dr. Zuriati Mohamed Shaari
