: Ziarah Kasih Pelajar Baharu Universiti Teknologi MARA (UiTM) SESI OKTOBER - MAC 2025/2026 Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR)

Program Ziarah Kasih FSSR telah diadakan pada 25 dan 26 September 2025. Lawatan ini diketuai oleh Dekan FSSR, PM Ts. Dr Azhar Abd Jamil, bersama Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), PM Mohd. Suhaimi Tohid, Koordinator Masmed, En Ts Wan Zamani Wan Zakaria, Ketua kesejahteraan dan Kebajikan Pelajar, Encik Mohd Fairus Yusoff, Ketua Kepimpinan dan pembangunan pelajar, Encik Zulkifli Romli, Encik Mohd Kamil Mohamed Nor (Penolong Pendaftar Kanan), Encik Muhammad Nazmi Anuar, (Pegawai Eksekutif), Puan Nor Suhayati Musa, Kerani Kanan. (HEP FSSR) dan Puan Wan Mariati Wan Omar, (Pegawai Eksekutif kanan).

Image
Image

Kunjungan ini dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh hubungan silaturahim melalui sesi ramah mesra bersama pelajar dan ahli keluarga, di samping meninjau persiapan akhir pelajar sebelum mendaftar di UiTM pada hujung minggu ini. Pihak Fakulti turut menyampaikan sumbangan ikhlas dalam bentuk barangan dapur dan wang tunai sebagai simbol sokongan dan dorongan terhadap komitmen pelajar dalam meneruskan pengajian.

Image
Image

4 orang pelajar yang diziarahi ialah 1. Pelajar Program Diploma Percetakan (AD120) , Asma Diana binti Zakaria di Shah Alam, Selangor. 2. ⁠ Pelajar Program Sarjana Muda Percetakan (AD250), Muhammad Shahnizad Iswan bin Shawalludin di Hulu Langat , Selangor. 3. Pelajar Program Sarjana Muda Motion Design (AD234), Izzul Adzmeed bin Aziman di Klang, Selangor. 4. Pelajar Program Sarjana Muda Textile ( AD262), Siti Khadeeja binti Awalluddin di Sabak Bernam, Selangor.

Image

Kehausan menimba ilmu wajar kita pupuk dengan empati seorang pendidik. Kiranya ini menjadi pemangkin semangat dan motivasi pelajar untuk memberikan yang terbaik dalam pengajian mereka kelak.

Image
Image

Disediakan oleh:
Pejabat Hal Ehwal Pelajar

CONTACT US

Faculty of Art & Design
Kompleks Ilham

Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 4041

Students' Affairs
(+603) 5544 4050

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4007

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)

REACH OUT TO US