e-Perniagaan: Peranan Visual & Jenama © 2018 e-Perniagaan: Peranan Visual & Jenama Author: Professor Dr Ghazali Daimin Buku akademik yang bertajuk ‘e-Perniagaan: Peranan Visual & Jenam’ ini memuatkan perbincangan secara ilmiah berkaitan dengan komponen-komponen di dalam komunikasi visual dengan elemen perniagaan. Di dalam Bab Satu (1), perbincangan berkaitan dengan definisi e-Perniagaan, trend perniagaan masa kini serta medium perniagaan atas talian seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Juga dihuraikan tentang strategi dan persaingan di dalam perniagaan atas talian. Bab Dua (2) penulis memperkatakan tentang analisa visual dan proses yang terlibat. Ini termasuk analisa visual kreatif, peranan visual dan teks di Instagram. Penulis juga memperkatakan teori, elemen dan prinsip reka bentuk dan pandangan ilmiah. Bab Tiga (3) memperjelaskan tentang kepentingan penjenamaan di dalam dunia perniagaan. Penulis juga membincangkan asas-asas pembinaan jenama di atas talian bagi mempromosi produk atau perkhidmatan kepada masyarakat. Bab Keempat (4) memperjelaskan tentang kepentingan ‘Unique Selling Proposition (USP)’ di dalam dunia perniagaan. Selain itu, juga dibincangkan strategi dan teknik memajukan perniagaan di ‘On-Line’ serta kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan di dalam pemasaran atas talian. Bab Lima (5) pula, perbincangan meliputi definisi etika dalam perniagaan serta konsep muamalat dalam perniagaan atas talian, pengiklanan, jenis-jenis iklan, dasar dan terma pengiklanan dan produk atau perkhidmatan yang tidak dibenarkan diperniagakan di atas talian. |