Panduan Cadangan & Laporan Penyelidikan

 

Panduan Cadangan & Laporan Penyelidikan

© 2016 Panduan Cadangan & Laporan Penyelidikan

Author: Associate Professor Dr Ghazali Daimin & Dr. Azhar Abd Jamil

Proposal atau cadangan penyelidikan atau ‘Research Proposal’ merupakan rangka atau strategi perancangan kajian penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan sebenar dilaksanakan. Cadangan ini akan dibentangkan kepada panel-panel tertentu dan terbuka kepada pembetulan serta kritikan demi memantapkan penyelidikan tersebut. Cadangan kajian penyelidikan ini tidak terbatas kepada penulisan ilmiah, disertasi atau tesis, malah digunakan bagi mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi serta kementerian tertentu. Penyelidik perlu memahami tujuan serta permasalahan kajian penyelidikan dan kesemua ini perlu dimasukkan ke dalam cadangan kajian penyelidikan – ‘Research Proposal’. Di antara komponen penting seperti objektif, permasalahan, kepentingan, metodologi, dapatan penyelidikan dan sebagainya lagi. Setelah kajian penyelidikan selesai dijalankan, penyelidik perlu mengetahui format laporan hasil penyelidikan bagi tujuan persembahan kepada panel atau sebagainya. Dalam hal ini, penyelidik perlu menulis laporan kajian dengan menggunakan format akademik yang dijadikan sebagai satu standard.  Ianya memperjelaskan format penulisan, penggunaan serta jumlah perkataan, bahasa, isi kandungan, gambar, sumber literatur, strategi pengumpulan data, analisis data, dapatan penyelidikan dan sebagainya lagi. Penulis akan membincangkan kesemua komponen yang telah dinyatakan di atas ini di dalam buku ini.

 

 
 

Website Statistics

  • User
  • Sessions
  • Pageviews

*Data source: Google Analytics

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

dekanfssr@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001
Fax: +60 3 5544 4011