Tarikh: 31 Oktober 2018, 12 November 2018, 14 November 2018 dan 3 Januari 2019 Setelah kejayaan kolaborasi di antara FSSR dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) menerusi lukisan mural #ceritakita di tujuh (7) lokasi di sekitar negara, sekali lagi FSSR dan PDB bekerjasama. Kali ini menerusi dua (2) buah projek iaitu kesinambungan bagi lukisan mural dan juga ciptaan reka bentuk baharu bagi Nozzle PDB. Kerjasama bagi projek lukisan mural akan dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah dan pelajar Jabatan Seni Halus manakala bagi projek Nozzle pula dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah dan pelajar Jabatan Seni Reka Perindustrian. Kerjasama bagi projek Nozzle PDB kini sudah pun berada di Fasa 1 manakala bagi projek lukisan mural pula, masih dalam proses persediaan sebelum bergerak ke hampir 27 lokasi baharu pada bulan Februari 2019 bagi penghasilan lukisan mural berkenaan. Laporan | Noorazean Kamaruddin |