Tarikh: 24 – 26 Oktober 2018 Rakan MoU Fakulti Seni Lukis & Seni Reka iaitu Silpakorn University telah bekerjasama dengan QS Asia bagi menganjurkan QS Totally Arts Summit pada 24 – 26 Oktober 2018 di Bangkok, Thailand. Program yang julung kalinya diadakan ini telah mengangkat tema ‘21st Century Art and Design Education: Nurturing Passion with Purpose’ dan menyaksikan banyak nama-nama ulung dalam bidang Art & Design daripada seluruh dunia hadir dalam menyampaikan syarahan dan berdiskusi menerusi forum. Seramai tujuh (7) orang pensyarah FSSR yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ruslan Abdul Rahim telah dijemput untuk menghadiri persidangan berkenaan. Pensyarah-pensyarah lain yang terlibat adalah Dr. Hanif Khairi, Dr. Mohd Jamil Mat Isa, Dr. S’harin Mokhtar, En. Rahman Amin, En. Mohd Fairus Yusoff dan Pn. Faradiba Liana Naser. Selain itu, Prof. Madya Dr. Ruslan Abdul Rahim dan Prof. Dr. D’zul Haimi Md. Zain (A.I.S) turut diberi penghormatan untuk menyampaikan syarahan di persidangan tersebut. QS Totally Arts Summit sememangnya merupakan platform terbaik dalam meningkatkan jalinan dan kerjasama strategik bagi kesemua pengamal dan ahli akademik dalam bidang Seni Lukis & Seni Reka. Selain daripada perkongsian amalan terbaik, QS Totally Arts Summit juga berjaya menjadi platform dalam pertukaran idea serta pandangan dalam bidang pendidikan Seni Lukis & Seni Reka selaras dengan era IR4.0. Laporan | Noorazean Kamaruddin |