Majlis Menandatangani MoU bersama Silpakorn University, Thailand

 

 

Tarikh: 24 Oktober 2018
Tempat: Millenium Hilton, Bangkok, Thailand

Delegasi Fakulti Seni Lukis & Seni Reka yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ruslan Abdul Rahim telah menghadiri QS Totally Arts Summit pada 24 – 26 Oktober 2018 di Millenium Hilton, Bangkok, Thailand. Selain menghadiri persidangan yang julung kalinya diadakan itu, delegasi FSSR turut mengambil kesempatan untuk memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman bersama Silpakorn University. Upacara menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh President Silpakorn University, Asst. Prof. Dr. Wanchai Sutanata dan diwakili oleh Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM, Prof. Madya Dr. Ruslan Abdul Rahim dan Dekan Faculty of Decorative Arts, Silpakorn University, Dr. Thanathorn Jirakun.

Memorandum Persefahaman bersama Silpakorn University (Faculty of Decorative Arts) telah memasuki penggal kedua di mana MoU pertama telah dimeterai pada tahun 2013. Pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah berjaya dilaksanakan sekaligus memberi pelbagai manfaat kepada pelajar dan tenaga pengajar kedua-dua belah pihak.

Laporan | Noorazean Kamaruddin

 

Website Statistics

  • User
  • Sessions
  • Pageviews

*Data source: Google Analytics

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

dekanfssr@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001
Fax: +60 3 5544 4011