Projek Mural Merdeka 2020

 

 

Projek Mural Merdeka 2020 adalah merupakan satu projek yang berteraskan University Social Responsibility (USR) di antara Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) dan Timbalan Speaker Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Merangkap Ahli Parlimen P.157 Pengerang, YB Dato Sri Azalina Othman Said. Projek penghasilan mural bersaiz 100 kaki Panjang x 10 kaki tinggi ini telah diadakan pada 16hb sehingga 18hb September 2020 di Bandar Penawar, Pengerang, Johor. Projek ini dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Dekan (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) FSSR yang melibatkan para pensyarah dan alumni FSSR. Turut sama terlibat di dalam projek ini adalah Setiausaha dan Pegawai-pegawai Khas Parlimen Pengerang, UMNO Bahagian Pengerang, MAYC Johor, Belia Pengerang, Guru dan pelajar Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi Johor, Syarikat Air Johor, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PDRM dan juga RELA. Mural tersebut telah berjaya disiapkan dan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said pada 18hb September 2020.

Laporan : Nik Nor Azidah Nik Aziz

 

Website Statistics

  • User
  • Sessions
  • Pageviews

*Data source: Google Analytics

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

dekanfssr@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001
Fax: +60 3 5544 4011