Date: 15-18 November 2019 Rentetan program Travelogad Cambodia 1.0 dan Travelogad Cambodia 2.0 pada tahun 2018 yang lepas, kini Travelogad Cambodia 3.0 juga telah berjaya dijalankan pada 15-18 November 2019. Program diketuai oleh Pn Noriza Arzain dan sukarelawan dikalangan staf, pelajar, alumni dan bekas pensyarah dari Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM. Kali ini penglibatan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Perubatan telah membina satu lagi koloberasi yang sihat dikalangan ahli Travelogad. Wakil pihak dari Kembodia iaitu En Safian dan beberapa rakan sangat membantu terutama dari segi komunikasi. Peningkatan dari segi jumlah kutipan dana Telaga pam air juga bertambah dari 16 (Travelogad 1.0) dan 17 (Travelogad 2.0) pada travelog yang lepas kepada 29 pam pada Travelogad kali ini. Dengan adanya sumbangan pembinaan pam air tersebut dapatlah penduduk muslim Kembodia di Kampung Oprum, Kampung Mek 3 dan Kampunfg Toul Por menikmati air bersih sebagai kekeperluan harian mereka. Bukan itu sahaja keperluan air bersih atau air mutlak ini sangat diperluan untuk tujuan beribadah dan kelestarian kesihatan yang baik. Selain sumbangan telaga pam air, sumbangan keperluan harian juga telah disampaikan oleh ahli kumpulan Traveleogad. Bekas pensyarah Fakulti Senilukis & Senireka, Prof. Madya Alias telah mengetuai penyampaian sumbangan Al-Quran, keperluan sembahyang, pakaian lelaki, pakaian wanita dan pakaian kanak-kanak. Disampaikan juga barangan seperti permaian kanak-kanak, makanan serta barangan persekolahan seperti alat tulis. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut. Aktiviti menjaga kebersihan mulut dan gigi telah diketuai oleh mahasiwi pasca siswazah fakulti perubatan iaitu Hidayah dengan membuat demonstrasi cara memberus gigi kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Pn Norfadillah dan Dr Neesa Ameera pula menjalankan aktiviti membina daya kreativiti kanak-kanak melalui templat ujian kreativiti. Templat ujian kreativiti berdasarkan Torrance Test of Creativity (TTCT) berjaya mencungkil kesan-kesan visual yang menarik selain expressi anak-anak di bumi Kembodia. Aktiviti kolaj yang selia oleh Dr Mumtaz Mokhtar pula mengajarkan kanak-kanak menggunapakai bahan terbuang dari alam semulajadi kepada lukisan yang menarik. Bukan sahaja eksplorasi karya 2D, tanah liat yang dibawa oleh En. Rizal ke sana telah memberikan peluang kanak-kanak Kembodia membuat hasil seni 3 dimensi. Program travelogad ini membuka sebuah pengalaman yang tidak terhingga nilainya apabila pemandangannya sahaja menarik lipatan sejarah tanahair di zaman sebelum merdeka lagi. Tempat tinggal dikampung-kampung di Kembodia seakan gambaran Tanah Melayu yang tertera dalam filem melayu lama di mana rumah dibina dari atap rumbia, batang pokok sebagai tiang rumah dan pakaian disidai pada batang yang tumbang melintang. Suasana kehidupan dapat digambarkan dengan pertanian dan penternakan menjadi sumber kehidupan selain perniagaan kecil-kecilan dibawah rumah yang tiangnya begitu tinggi sehingga mencecah hampir 10 kaki. Ketinggian tiang rumah-rumah kayu tersebut adalah bagi mengatasi masalah banjir dikampung mereka yangmengambil masa yang agak lama untuk surut. Namun begitu terdapat juga binaan-binaan yang menunjukkan hasil kemodenan seperti tinag simen dan atap genting. Anak-anak kecil berlarian dan bermain tanpa pakaian dan berselipar adalah suasana kampung yang biasa namun keadaan itu sudah beberapa dekad tidak berlaku di Malaysia. Bekalan elektrik ke rumah-rumah luar bandar juga telah lama diatasi di Malaysia namun tidak diperkampungan di Kembodia apatah lagi di kawasan perumahan gelandangan di pinggir Kota Phonm Penh. Malahan bot-bot yang digunakan untuk mencari rezeki juga berfungsi sebagai tempat tinggal mereka di persisiran pantai. Walaupun begitu, aktiviti bermain bola sepak di tanah lapang memberikan peluang anak-anak bergiat sihat dan cergas. Keinsafan dikalangan ahli travelogad sangat memuncak bila Kembodia menggunakan dua mata wang iaitu riel (KHR) dan dollar Amerika. Bermakna nilai barangan adalah sangat mahal dan golongan bawahan hanya dapat menikmati nilai dan kualiti barangan yang paling rendah. Tidak pernah terbayang oleh ahli travelogad bahawa organ dalaman binatang halal direbus sahaja dan menjadi anatara hidangan lauk mereka. Program ini akan diteruskan kepada Travelogad_UiTM 4.0 pada tahun 2020 dan diharap orang ramai akan terus menyokong kumpulan kami mengumpul dana dan memberikan sumbangan demi kelestarian kehidupan Muslim dan masyarakata dunia. Untuk keterangan dan maklumat lanjut berkenaan projek Travelog AD, Cambodia. Sila layari Instagram @adtravelog.uitm atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. KEMBODIA KAMI PEDULI! #Cambodiakamipeduli Laporan oleh: Mumtaz Mokhtar |