Mural Sambutan Ulang Tahun RTM Yang Ke-75

 

 

Projek mural ini merupakan kerjasama di antara pihak Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Program ini merupakan projek khas yang sering dilakukan oleh tenaga pengajar dan alumni FSSR bagi menyampaikan seni dalam bentuk lukisan mural. Selain itu, secara tidak langsung memperkenalkan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka kepada umum. Alumni yang juga pelukis sepenuh masa ini juga dapat menimba ilmu, pengalaman dan seterusnya mengaplikasikannya di dalam projek yang boleh dikendalikan mereka sendiri.

Mural sepanjang 122 kaki (panjang) x 8 kaki (tinggi) yang berada di hadapan Wisma Radio Kompleks Angkasapuri telah dilihamkan daripada pemenang Pertandingan Rekaan Mural Bersempena Ulang Tahun ke-75 Tahun dan akan dihasilkan oleh pihak konsultan UiTM yang dilantik oleh RTM.

Kerjasama ini bermula dari proses awal (idea dan konsep) seterusnya kepada perlaksanaan akhir. Berlaku beberapa perbincangan dari segi teknikal dan proses gerak kerja. Pihak RTM juga telah memberi peluang kepada pihak konsultan untuk membuat beberapa perubahan yang melibatkan imej dan komposisi serta beberapa elemen penting yang perlu ditonjolkan di dalam lukisan mural ini.

Sebelum perlaksanaan lukisan mural ini, pihak RTM telah mengadakan pertandingan rekaan Mural yang berkonsepkan kronologi pembentukan RTM sepanjang 75 tahun penubuhannya. Setelah diadili oleh pihak RTM terhadap penyertaan rekaan mural, maka pemenang rekaan mural yang terpilih adalah daripada Cik Siwo Poh Yee.

Program ini telah membuka satu peluang dan semangat kerjasama yang tinggi di antara pihak UiTM dan RTM bagi mencipta dan membina satu ruang antara seni dan masyarakat. Segala aktiviti dan program seni yang melibatkan masyarakat, badan kerajaan dan swasta perlu diteruskan bagi memantapkan lagi jalinan serta kerjasama di antara fakulti dengan pihak luar. Selain itu, ianya membuka peluang kepada semua yang terlibat di dalam membina jati diri dan disiplin ketika melaksanakan sesuatu tugasan. Program-program sebegini memberi pendedahan dan seterusnya mengangkat taraf seni itu lebih tinggi supaya masyarakat lebih menghargainya. Program sebegini perlu diperluaskan di segenap tempat bagi membawa ‘seni’ itu terus dekat dengan masyarakat.  

Reported by: Faradiba Liana Naser

 

Website Statistics

  • User
  • Sessions
  • Pageviews

*Data source: Google Analytics

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

dekanfssr@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001
Fax: +60 3 5544 4011