Pelajar Program Master (Penyelidikan) Raih Best Paper Award di 1st International Conference on Disability Inclusion 2025

: Pelajar Program Master (Penyelidikan) Raih Best Paper Award di 1st International Conference on Disability Inclusion 2025

Seorang pelajar CAAD750 (Master by Research), Muhammad Syawal Zahari, bersama penyelianya Dr. Shalida Mohd Rosnan, mencatat pencapaian membanggakan apabila diumumkan sebagai penerima Best Paper Award pada 1st International Conference on Disability Inclusion (ICDI) 2025.

Image

Research Paper yang memenangi anugerah tersebut bertajuk “Enhancing Accessibility for Physically Disabled Workers in Pre-Press Workplaces of the Printing Industry.” Penyelidikan ini menumpukan kepada penambahbaikan aksesibiliti di tempat kerja pra-cetakan (pre-press) dalam industri percetakan, merangkumi aspek susun atur ruang, alatan kerja, aliran proses, serta pematuhan standard akses universal.

Image
Image

Penganugerahan telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, dan disaksikan oleh Naib Canselor UiTM, Pengerusi MRM, CEO YANIS, delegasi TSUE Uzbekistan, serta para hadirin yang lain. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pelajar dan penyelia.

Image

Teks:
Dr. Shalida Mohd Rosnan

Foto: 
Muhammad Syawal Zahari

CONTACT US

Faculty of Art & Design
Kompleks Ilham

Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 4041

Students' Affairs
(+603) 5544 4050

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4007

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)

REACH OUT TO US