Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) adalah sebuah jurnal inovasi yang komited terhadap percambahan ide kreatif dan inovatif melalui projek-projek yang telah dipertandingkan di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ataupun mana-mana pertandingan inovasi samada dalam mahupun luar negara. Jurnal ini menerbitkan hasil inovasi bagi bidang inovasi sosial, inovasi pengurusan serta inovasi pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) ISSN: 2600-7606 dan eISSN: 2636-9982 (dalam talian) ditadbir urus oleh Unit Inovasi dan Kreativiti, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM dan diterbitkan oleh Penerbit UiTM. Sehubungan itu, pihak Unit Inovasi dan Kreativiti, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) mengalu-alukan YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan untuk menghantar manuskrip yang berkualiti untuk diterbitkan di dalam Jurnal Inovasi Malaysia Edisi 04 Isu 02 Mei 2021. Penghantaran manuskrip boleh dilakukan dengan melayari https://joms.uitm.edu.my dan tiada bayaran dikenakan. Tatacara pendaftaran adalah seperti berikut: 1. - Klik di pautan https://joms.uitm.edu.my berikut, atau, sila “copy & paste” pautan ini di pelayar anda. |