Pameran dan Seminar ‘Collaborative Design for Future’

 

 

Tarikh: 21 – 23 November 2018
Tempat: Universitas Tarumanagara (UNTAR), Jakarta, Indonesia

Pameran dan seminar ‘Collaborative Design for Future’ telah berjaya diadakan pada 21 – 23 November 2018 di Universitas Tarumanagara (UNTAR), Jakarta, Indonesia. Program ini merupakan hasil kolaborasi di antara tiga (3) negara iaitu Malaysia yang diwakili oleh FSSR, Indonesia yang diwakili oleh UNTAR dan Korea Selatan yang diwakili oleh Namseoul University.

Di antara kolaborasi yang dijalankan adalah pertukaran karya illustrasi cerita rakyat di antara pelajar-pelajar daripada kesemua

universiti yang terlibat. Kesemua pelajar diberi kebebasan dalam berkarya namun mereka dikehendaki untuk menghasilkan ilustrasi cerita rakyat bagi negara lain, contohnya pelajar Malaysia diminta untuk menghasilkan ilustrasi cerita rakyat Indonesia dan sebaliknya.

Bagi seminar pula, ‘Collaborative Design for Future’ menyaksikan perkongsian syarahan daripada empat (4) nama yang terkenal dalam bidang kepakaran masing-masing. Memandangkan bahawa program ini sememangnya berfokuskan kepada ilustrasi komik, typography dan furniture design, empat (4) orang tokoh yang dijemput adalah Prof. Byoung II Sun daripada Korea Selatan, Prof. Madya Dr. Ruslan Abdul Rahim daripada Malaysia, Irwan Harnoko, S.Sn., M.Ds dan Toto M.Mukmin daripada Indonesia.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan adalah pertandingan sketch dan juga penghasilan lukisan mural.

Laporan | Noorazean Kamaruddin